Menukar kenyataan Azlan_Mohd_Lazim

Azlan telah menukar kenyataanya dan memohon maaf keatas Anwar Ibrahim dan keluarganya atas tuduhan kes liwat anaknya. Azlan juga menolak pengakuan yang dibuatnya ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati.[14]

Azlan cuba mengaitkan Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri kepada pertuduhan liwat yang dilakukan oleh anaknya kepada Anwar Ibrahim. Oleh kerana anaknya tidak dibela oleh UMNO dan Barisan Nasional, Azlan telah menarik balik kenyataan dan mengadakan sidang media untuk memohon maaf kepada Anwar Ibrahim. Namun begitu tindakan Azlan dikritik hebat oleh pihak pro-kerajaan dan juga pro-pembangkang kerana kenyataan tersebut telah merosakkan kredibiliti beliau.[15]

Reaksi Saiful Bukhari Azlan

Saiful Bukhari menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh bapanya dan masih lagi berpegang teguh kepada perjuangannya untuk mencari keadilan setelah diliwat oleh Anwar Ibrahim.[16] Saiful menyifatkan bapanya telah dipermainkan oleh Anwar Ibrahim semata-mata atas dasar politik. Saiful juga menambah bahawa sekalipun bapanya bertekad untuk menyertai Anwar Ibrahim, beliau tetap menyayangi bapanya dan akan mencari ruang untuk memaafkan bapanya itu. Namun, Saiful tetap dengan pendirian beliau bahawa Anwar Ibrahim perlu bertanggungjawab keatas apa yang telah dilakukan keatas diri beliau.[17]

Reaksi pemerhati politik Malaysia

Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria

Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria telah menyatakan bahawa jika Azlan menjadi saksi kepada sumpah bohong, adalah satu dosa besar. Sebelum ini bapa Saiful yang kelihatan beria-ia ingin mempertahankannya, tetapi kini telah berubah hati dan belot kepada anaknya sendiri.[18]

Fathul Bari Mat Jahaya

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya, Azlan perlu menjalankan ujian poligraf bagi mengetahui status sebenar dirinya samada berbohong atau tidak. Ini kerana selain dari bersumpah laknat, Islam juga menerima teknik forensik untuk membuktikan sesuatu perkara. Ini termasuk ujian poligraf.[19]

Polis Di Raja Malaysia

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menyatakan kemungkinan Azlan akan dipanggil untuk mendapatkan keterangan dan siasatan lanjut. Azlan boleh dikenakan tindakan sekiranya kenyataan yang dikeluarkan olehnya adalah kenyataan palsu. Saiful Bukhari tidak akan dipanggil kerana kes mahkamah Saiful Bukhari telah dianggap selesai oleh pihak PDRM.[20]

Menyesal

Sebelum ini Azlan Mohd Lazim telah mengeluarkan kenyataan terhadap kes liwat anaknya telah dipergunakan oleh konspirasi politik.Azlan mengakui telah insaf dan menarik kembali kenyataan beliau pada 8 mac lalu.Azlan insaf dengan kenyataannya sebelum ini dan menyifatkannya sebagai pengkhianatan besar terhadap Saiful.Beliau juga menarik balik permohonan maafnya terhadap Anwar Ibrahim sekeluarga dan serta merta mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat PKR dan tidak akan menyertai mana-mana parti selepas ini.[21]

Rujukan

WikiPedia: Azlan_Mohd_Lazim http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=35307... http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/08/muf... http://says.com/my/seismik/saiful-vs-anwar-5-sebab... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedd... http://www.youtube.com/watch?v=GQhQqyCv2HU&feature... http://www.youtube.com/watch?v=c6ZQJCGwBnk http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/Gajibaru... http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/Syorjala... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Saifuls...